KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Kualiti udara di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak semakin baik dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 90, setakat 7 pagi ini.
Namun situasi berbeza di Rompin, Pahang, yang mencatat IPU tidak sihat iaitu 134.
Sri Aman juga menunjukkan penurunan ketara dengan bacaan IPU 65, manakala majoriti lokasi lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU sederhana dan baik.
Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.
Orang ramai boleh merujuk laman web JAS atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.