KKM Akan Mohon Vaksin Pneumokokal Percuma Tahun 2020

Lebih daripada 18,000 orang telah sain petisyen untuk vaksin pneumokokal diberi percuma.

KUALA LUMPUR, 29 April — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memohon peruntukan dalam Belanjawan 2020 untuk memberi suntikan vaksin pneumokokal secara percuma.

Lebih daripada 18,000 orang telah sain petisyen setakat ini untuk vaksin pneumokokal dimasukkan ke dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan supaya bayi dapat divaksin secara percuma.

“Walaupun suntikan sebanyak 2 dos itu mahal, kerajaan akan cuba realisasikan kerana ia antara janji Pakatan Harapan pada PRU lalu,” Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata dalam tweet KKM semalam yang di-RT oleh Dzulkefly.

Vaskin pneumokokal melindungi kanak-kanak daripada sakit pneumokokal yang boleh menyebabkan pekak, meningitis, pneumonia, dan infeksi darah.

Dzulkefly juga berkata di Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan di Bangi semalam bahawa Pasukan Petugas Khas akan membentangkan laporan cadangan untuk mewajibkan suntikan imunisasi kepada KKM pada 8 Mei ini.

Laporan itu kemudian akan dibawa ke Kabinet untuk membuat keputusan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye dilaporkan berkata kadar imunisasi measles, mumps dan rubella (MMR) untuk bayi berumur sembilan bulan telah jatuh ke 89 peratus pada tahun 2018, lebih rendah daripada kadar 95 peratus yang diperlukan untuk imuniti kelompok (herd immunity).

You may also like