Buah Zakar Mungkin Menyebabkan Lelaki Lebih Terdedah Akibat Jangkitan

Kebanyakan kematian akibat penyakit Covid-19 di Malaysia adalah di kalangan lelaki.

KUALA LUMPUR, 21 April — Sebuah penyelidikan baru membangkitkan kemungkinan bahawa buah zakar memberikan perlindungan kepada virus Covid-19 yang menyebabkan lelaki lebih terdedah kepada tempoh jangkitan yang lebih lama dan serius.

DrAditi Shastri, seorang pakar onkologi di Pusat Perubatan Montefiore di New York, Amerika Syarikat dan Dr. Jayanthi Shastri, pakar mikrobiologi di Hospital Kastruba Untuk Penyakit Berjangkit di Mumbai, India mengikuti pemulihan 48 lelaki dan 20 perempuan di negara Asia tersebut yang positif untuk virus itu.

Tujuan penyelidikan tersebut adalah untuk mengkaji kelainan gendar yang wujud dalam jangkitan Covid-19 yang telah menunjukkan kesan yang lebih buruk terhadap lelaki.

Peserta kajian berumur dari 3 hingga 75 tahun, dengan purata umur 37 tahun.

Kajian mereka mendapati koronavirus itu menghinggap pada sebuah protein.

Protein tersebut yang dikenali sebagai angiotensin converting enzyme 2 atau ACE2, hadir dalam paru-paru, usus, jantung dan dalam kuantiti yang banyak, dalam buah zakar.

Protein yang sama juga terdapat pada tisu ovari tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Penyelidikan itu mendapati buah zakar diasingkan daripada sistem imun, yang membolehkan virus Covid-19 memperolehi perlindungan di kawasan tersebut untuk tempoh yang lama.

Para penyelidik mengatakan ini memberikan sedikit penjelasan mengapa pesakit perempuan pulih lebih cepat daripada jangkitan itu dibandingkan dengan lelaki.

Kajian tersebut diterbitkan di MedRxix, yang mengandungi kertas kerja penyelidikan perubatan yang tidak diterbitkan dan belum lagi menjalani proses peer review.

Di seluruh dunia, lelaki didapati mati akibat jangkitan koronavirus pada kadar yang lebih tinggi daripada wanita.

Jangkitan tersebut sudah dilaporkan memberikan risiko yang lebih tinggi di kalangan mereka yang berumur, terutamanya lebih daripada 80 tahun.

Penyelidik-penyelidik lain menyarankan agar berhati-hati dengan keputusan kajian ini.

Professor bagi Virologi Molekular di University of Nottingham, Jonathan Ball mengatakan bahawa kajian berasingan terhadap air mani penghidap Covid-19 tidak menjunpai kehadiran virus tersebut. Ini menimbulkan pertanyaaan samada ianya berfungsi sebagai tempat penyimpanan koronavirus.

Derek Hill, seorang professor bagi Pengimejan Perubatan di University College London, menyarankan agar lebih banyak data dan penyelidikan dijalankan sebelum mencapai kesimpulan daripada kajian tersebut.

Kebanyakan kematian akibat penyakit Covid-19 di Malaysia adalah di kalangan lelaki.

You may also like