KUALA LUMPUR, 30 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyenaraikan tujuh kawasan sebagai Zon Merah Covid-19 dengan lebih daripada 40 kes.
Kawasan-kawasan tersebut ialah Petaling, Selangor (223 kes); Lembah Pantai, Kuala Lumpur (219); Hulu Langat, Selangor (209); Seremban, Negri Sembilan (108); Johor Baru, Johor (105); Kluang, Johor (97); Kuching, Sarawak (78); Kota Baru, Kelantan (76); Kepong, Kuala Lumpur (68); Kinta, Perak (75); Gombak, Selangor (59); Klang, Selangor (62); Titiwangsa, Kuala Lumpur (57); Tawau, Sabah (57); dan Hilir Perak, Perak (52).
“Penduduk di kawasan zon merah perlu mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya ketua keluarga atau wakil sahaja boleh keluar untuk membeli barangan keperluan harian, penjarakan sosial dan meningkatkan kebersihan diri dalam rumah,” KKM Putrajaya berkata dalam satu muatnaik Twitter.
Pecahan kes #COVID19 yang terkini mengikut daerah.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 30, 2020
15 Zon merah (bahaya) ⚠️⚠️⚠️
1. Petaling
2. Lembah Pantai
3. Hulu Langat
4. Seremban
5. Johor Bahru
6. Kluang
7. Kuching
8. Kota Bharu
9. Kepong
10. Kinta
11. Gombak
12. Klang
13. Titiwangsa
14. Tawau
15. Hilir Perak pic.twitter.com/paoqRfTzZw
Bermula semalam, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan ke atas tujuh buah kampung di Hulu Langat, Selangor selepas 71 pelajar sekolah tahfiz di kawasan tersebut disahkan positif Covid-19.
Kerajaan membuat keputusan tersebut apabila KKM mengesahkan kes-kes tersebut daripada Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah yang terletak di Batu 23 Sungai Lui.
PKPD ini, yang berkuatkuasa mulai 30 Mac hingga 13 April, melibatkan 3,918 orang penduduk kawasan Batu 21 hingga Batu 24.
Minggu lepas, dua kawasan di Simpang Renggam, Johor, juga dikenakan PKPD setelah didapati merekodkan kenaikan kes positif Covid-19 yang mendadak.