Solat Jumaat Di Wilayah Persekutuan Diteruskan: Menteri Agama

Seorang lelaki di Papar yang dipercayai pergi ke acara tabligh di Kuala Lumpur dilaporkan positif untuk Covid-19, kes kedua di Sabah.

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Solat Jumaat di Wilayah-wilayah Persekutuan hari ini diteruskan, dengan khutbah dipendekkan dan orang ramai berwuduk di rumah, menteri agama berkata.

Senator Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), berkata solat Jumaat diteruskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Mereka yang ada simptom Covid-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.

“Pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan hand sanitiser dan penutup mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan,” Zulkifli berkata dalam satu kenyataan.

Acara Jhod Qudma’ & Ulama’ Malaysia 2020 (Ijtima’ Tabligh) di Masjid Jamek di Sri Petaling, Kuala Lumpur, pada 27 Februari hingga 1 Mac, yang dihadiri oleh lebih kurang 16,000 orang, termasuk 14,500 rakyat Malaysia, telah dikaitkan dengan sekurang-kurangnya sembilan kes novel coronavirus di kalangan warganegara di Negri Sembilan, Johor, Pahang, Sabah, dan Sarawak.

Selepas satu kes Covid-19 dikenalpasti di Tawau, Sabah, Daily Express lapor hari ini bahawa seorang lelaki berumur 42 tahun di Papar, Sabah, yang dipercayai pergi ke acara tabligh tersebut telah didapati positif untuk coronavirus.

Jumlah 11 warganegara Brunei yang dijangkiti Covid-19 juga dikaitkan dengan acara tabligh tersebut.

Negeri Perlis hari ini membatalkan solat Jumaat.

You may also like