Ada Masalah Sosial? WhatsApp Talian Kasih

Nombor WhatsApp Talian Kasih ialah 019 26 15999.

KUALA LUMPUR, 4 Feb — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melancarkan WhatsApp Talian Kasih untuk membantu mereka yang menghadapi masalah seperti penderaan, pembuangan bayi, dan isu remaja.

Nombor WhatsApp Talian Kasih ialah 019 26 15999 dan ia berfungsi 24 jam setiap hari. Talian Kasih juga memberi perkhidmatan kesihatan reproduktif dan adalah bertujuan untuk membantu orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak.

You may also like