Menteri: Lebihan Premium mySalam Akan Disalurkan Ke Dana

Great Eastern tidak menerima sebarang keuntungan dari skim tersebut, beliau berkata.

KUALA LUMPUR, 9 Oktober — Jika jumlah tuntutan Skim MySalam adalah kurang daripada premium yang telah dibayar untuk takaful, lebihan tersebut akan disumbang semula ke Dana Perlindungan Nasional B40, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau menjawab soalan daripada ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, mengenai formula yang akan diguna oleh Syarikat Great Eastern untuk mengembalikan baki dana RM400 juta pada hujung tahun ini sekiranya jumlah tersebut tidak habis digunapakai dalam bayaran pada pesakit.

“Pakej yang ditawarkan oleh Great Eastern telah disemak oleh pihak Bank Negara Malaysia supaya mendapat nilai terbaik untuk rakyat dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013,” Guan Eng berkata.

“Great Eastern juga tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada skim ini kerana sebarang lebihan perlu disumbang semula ke dalam dana mySalam selepas selesai tempoh skim selama lima tahun.”

Beliau juga mengatakan premium yang telah dibayar untuk pengurusan mySalam akan digunakan untuk membayar tuntutan daripada benefisiari, mengikut kriteria dan kelayakan tunutuan yang telah ditetapkan.

“Sekiranya jumlah tuntutan kurang daripada premium yang telah dibayar untuk takaful, lebihan akan disumbang semula ke Dana Perlindungan Nasional B40, untuk jangka panjang keseluruhan Skim mySalam ini dan bagi faedah benefisiari.”

Great Eastern Holdings telah menyumbang sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam; manakala cos caruman takaful dibayar pada harga RM112 bagi setiap individu setiap tahun untuk tempoh lima tahun.

Skim mySalam telah menerima respon yang kurang memberangsangkan sejak pelancarannya pada Januari 1, 2019.

Baru-baru ini, pengerusi mySalam telah menyuarakan rasa kurang puas hati beliau atas jumlah permohanan skim tersebut yang rendah iaitu 4,000 berbanding jangkaan sebanyak 100,000 permohonan.

Sehingga hujung Julai, mySalam telah meluluskan 135 tuntutan untuk penyakit kritikal dan 1,078 tuntutan hospitalisasi, berjumlah RM1,372,750 dalam pembayaran.

Jumlah bayaran adalah sebahagian kecil daripada premium insurans yang dibayar oleh kerajaan kepada Great Eastern Takaful Berhad, berjumlah kira-kira RM400 juta setahun.

You may also like