KUALA LUMPUR, 26 Sept – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menubuhkan sebuah pusat kaunseling yang pertama di Kuala Lumpur untuk golongan B40.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Hannah Yeoh, Psychological Care Centre (PCC) yang dibuka di Perumahan Awam Desa Rejang, Setiawangsa, beroperasi lima hari seminggu, bermula 8 pagi hingga 6 petang.
Ia dibantu oleh 50 sukarelawan dari JKM sebagai Pasukan Sokongan Psikologi yang terdiri daripada kaunselor berdaftar dan ahli psikologi.
“Dengan adanya PCC, ini adalah hasrat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan KPWKM untuk membawa perkhidmatan kaunseling kepada penduduk,” Hannah berkata dalam satu video melalui muatan ke laman Twitter beliau.
Menurut data daripada JKM, jumlah orang yang mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di JKM WPKL adalah 671 in 2018. Tetapi, jumlah ini telah melonjak naik kepada 1,929 dari Januari hingga Julai 2019.
“Ia membuktikan perkhidmatan asas ini sangat perlu disediakan memandangkan tahap kesihatan mental kanak-kanak dan remaja di Kuala Lumpur sangat membimbangkan,” Hannah baru-baru ini berkata selepas melancarkan perasmian PCC JKM, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani.
PCC tersebut, yang berada dalam operasi sejak Januari, telah berjaya membantu lebih 50 klien mendapatkan khidmat kaunseling secara percuma.