Jerebu Lebih Baik, Tiada Kawasan Dengan IPU Atas 200

Hanya 20 kawasan di Semenanjung dengan IPU tidak sihat.

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Setakat jam 9 pagi hari ini, hanya 20 kawasan di Semenanjung mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, berbanding 38 semalam pada jam yang sama.

Mengikuti perkembangan positif dalam masalah jerebu yang sedang melanda negara, tiada kawasan yang dikategorikan dengan IPU sangat tidak sihat, iaitu melebihi tahap 200.

Semalam, bacaan tersebut mendapati Johan Setia, Selangor berada di paras sangat tidak sihat, iaitu pada paras 211 setakat jam 9 pagi.

Menurut bacaan terbaru, bacaan di kawasan tersebut telah surut ke IPU tidak sihat, iaitu pada paras 176.

Manakala, sebanyak 94 kawasan telah dikategorikan di bawah kualiti udara sederhana, iaitu IPU antara 51 – 100.

You may also like