Kes Konjunktivitis Berkaitan Jerebu Naik Lebih 50 Peratus

Kes Upper Respiratory Tract Infection (URTI) semakin menurun.

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencatatkan peningkatan kes asma sebanyak 3.5 peratus (1,222 kepada 1,265 kes) dan kes konjunktivitis sebanyak 51.4 peratus (266 kepada 403 kes).

Manakala terdapat penurunan sebanyak 9.6 peratus (8,258 kepada 7,465 kes) bagi Upper Respiratory Tract Infection (URTI).

Perbandingan dibuat berdasarkan purata minggu minggu epid 38 (15 hingga 21 September 2019) berbanding dengan purata miggu epid 27 hingga miggu epid 36 (30 Jun hingga 7 September 2019).

Data ini dikaitkan dengan masalah jerebu yang semakin hari semakin merosot.

“KKM memantau penyakit-penyakit berkaitan jerebu di 33 buah Fasiliti Sentinel Jerebu KKM iaitu penyakit asma, konjuntivitis dan jangkitan saluran pernafasan,” Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkata dalam sebuah kenyataan.

“Orang ramai disaran untuk mengikuti perkembangan semasa jerebu dan menyemak IPU di lokaliti masing-masing dengan melayari laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/ dan mengikuti saranan pihak berwajib bagi setiap julat bacaan IPU.” Dr Noor Hisham berkata.

You may also like