KUALA LUMPUR, 29 Julai — Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas pulang ke tanah air semalam dari London, UK.
Bapa bayi berusia 11 bulan itu beritahu BH Online bahawa beliau belum pasti berkenaan rawatan susulan yang akan dilakukan ke atas anaknya.
“Ainul berada keadaan stabil, doktor sedang menguruskannya setelah melalui perjalanan yang agak panjang,” Ahmad Safiuddin, 24, dilaporkan berkata.
Ainul Mardhiah bersama keluarganya tiba di Malaysia semalam selepas bayi tersebut menjalani pembedahan untuk kanser germ cell tumour di mulutnya pada 10 Jun di Hospital Great Ormond Street, London.
Pembedahan itu berjaya membuang ketumbuhan seberat 200g di mulutnya.