Rokok Elektronik Dan Vape Belum Diharamkan

Rang undang-undang kawalan rokok elektronik dan vape mungkin tahun depan.

KUALA LUMPUR, 14 Jun — Kerajaan akan meningkatkan kawalan dan pemantauan bagi mencegah dan mengurangkan risiko masalah kesihatan akibat penggunaan rokok elektronik dan vape.

Ia belum bercadang mengharamkan penjualan produk-produk tersebut.

Tindakan berbuat demikian bergantung kepada hasil kajian yang sedang dilakukan serta keadaan dan keperluan semasa, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye kepada Bernama.

Kata beliau rang undang-undang merangkumi kawalan terhadap rokok elektronik dan vape dijangka dibentang di Parlimen tahun depan.

Beliau mengulas kenyataan daripada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) semalam yang menggesa kerajaan agar segera mengharamkan penjualan vape. Ini adalah untuk mencegah penjualan dan penggunaannya oleh golongan remaja.

Saranan tersebut berlaku apabila munculnya kes dimana cecair vape dipercayai bercampur dengan dadah dijumpai baru-baru ini.

You may also like