Ainul Mardhiah Mungkin Akan Buat Pembedahan Cleft Palate

Keluarga mungkin akan kembali ke Malaysia dalam sebulan, atau lebih atau kurang dari sebulan.

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin mungkin akan menjalani pembedahan cleft palate apabila bayi itu mencapai berat badan antara 6kg dan 8kg, bapanya berkata.

Ahmad Safiuddin berkata doktor di London, UK, mahu memantau Ainul Mardhiah, yang menghidap germ cell tumour, untuk memastikan bahawa ketumbuhannya tidak kembali.

“Selepas fasa ini selesai, berkemungkinan Ainul akan ada fasa ‘belajar makan guna mulut’,” Ahmad Safiuddin berkata di Facebook.

Beliau bertambah bahawa mereka kemungkinan akan kembali ke Malaysia dalam sebulan, atau lebih atau kurang dari sebulan.

Ainul Mardhiah, yang berumur sembilan bulan, menjalani pembedahan hari Selasa lalu untuk membuang ketumbuhan di mulutnya.

Ketumbuhan di mulut Ainul Mardhiah yang mencapai berat 200 gram berjaya dibuang oleh pasukan pakar bedah dan anestetik yang diterajui oleh Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

You may also like