KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mayat seorang bayi perempuan dijumpai di kawasan longgokan sampah di Ipoh semalam.
“Bayi itu ditemui dalam sebuah bakul yang dibalut dengan tuala, dan tiada sebarang dokumen atau nota ditinggalkan. Bayi tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Marzuki Mat dilaporkan berkata.
Bernama melaporkan Marzuki berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata minggu lepas bahawa kira-kira 100,000 kes remaja hamil dilaporkan sejak tahun 2011.
Pada masa yang sama, 900 kes buang bayi dilaporkan, di mana hanya 30 peratus masih hidup.