Kajian Kesihatan Seksual: Semakin Lama Bersama, Semakin Kurang Seks

Cinta dan kepercayaan tidak jamin seks hebat.

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Mengikut kajian terbaru daripada Norway, kunci keinginan seksual dalam sebuah perhubungan bergantung kepada tahap keberahian.

Bagaimanakah api keberahian dapat terus membara selepas bertahun lama? Adakah kesungguhan dan kekerapan hubungan seks berkurangan dengan masa? Inilah diantara soalan yang sering ditanya oleh pakar seksologi dan terapi.

Sebuah kajian baru yang dilakukan oleh pakar psikologi di Universiti Sains dan Teknologi Norway (NTNU) dan diterbitkan dalam jurnal Evolutionary Behavioral Sciences, semakin dekat kepada jawapannya.

Pasukan kajian tersebut mengkaji 92 pasangan heteroseksual berumur 19 hingga 30 tahun, yang telah bersama selama tempoh diantara satu bulan hingga sembilan tahun, atau secara purata lebih daripada dua tahun. Pasangan-pasangan tersebut didapati melakukan seks secara purata, dua atau tiga kali seminggu.

“Kami meneliti bagaimana sosioseksualiti lelaki dan wanita, tempoh hubungan dan pelbagai aspek dan dimensi yang memberikan kesan kepada kualiti hubungan-hubungan tersebut, memberikan impak kepada kekerapan hubungan seks,” abstrak kajian tersebut berkata.

Kajian menunjukkan bahawa semakin lama sesuatu hubungan berlangsung, hubungan seksual diantara pasangan tersebut semakin berkurang.

Para pengkaji mendapati bahawa fantasi mengenai orang lain atau “orang ketiga” menyumbang kepada pengurangan ini. “Cinta merupakan mekanisme menilai tahap komitmen. Sekiranya salah seorang daripada pasangan itu tertarik kepada orang lain, semakin berkuranglah keberahian dan keinginan dalam perhubungan tersebut,” kata Leif Edward Ottesen Kennair, seorang profesor di jabatan psikologi NTNU.

Mengikut Trond Viggo Grøntvedt, seorang felo pasca doktor in Jabatan Psikologi NTNU yang menyertain kajian ini, walaupun cinta dan kepercayaan merupakan tunggak kepada kesejahteraan sesuatu perhubungan itu, ia tidak menjamin seks yang asyik.

Keberahian didapati berkait rapat dengan kekerapan hubungan seks. Semakin tinggi tahap keberahian dalam hubungan tersebut, semakin kerap seks. Faktor ini adalah faktor utama yang menentukan frekuensi seks yang berlaku dalam sesuatu perhubungan.

Kajian ini juga menunjukkan walaupun lelaki cuba mendapatkan seks, purata tiga kali ganda lebih daripada wanita, seks menjadi lebih kerap apabila wanita yang mengambil inisiatif.

Walaubagaimanapun Profesor Mons Bendixen, penulis bersama kajian tersebut, menegaskan pemerhatian-pemerhatian ini lebih relevan kepada masyarakat dimana terdapatnya lebih kesaksamaan gender dan penekanan aspek keizinan wanita.

You may also like