Dzulkefly Ketuai Task Force Covid-19 Selangor

Mentri Besar berkata 60% daripada kes novel coronavirus adalah penduduk Selangor.

KUALA LUMPUR, 10 Mac — Mantan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad akan mengetuai Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor untuk mengendali novel coronavirus.

Mentri Besar Amirudin Shari berkata 60 peratus daripada kes Covid-19 di Malaysia merupakan warga negeri Selangor, selepas majlis tersebut bermesyuarat pada pertama kali hari ini.

“Dengan kerjasama Smart Selangor Command Centre, jejak virus Covid-19 sedang dikenalpasti termasuklah dengan menggunakan sistem maklumat geografi (Geographic Information Systems).

“Maklumat ini kemudiannya akan dikongsikan dengan pihak-pihak berwajib untuk langkah-langkah seterusnya,” Amirudin berkata dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mengumumkan kawasan atau negeri kes-kes Covid-19 yang disahkan positif di Malaysia.

You may also like