KUALA LUMPUR, 12 Mac — Murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort mengalami hari ini simptom racun berikutan pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim.
Bernama melaporkan murid-murid di dua sekolah tersebut di Johor Baru mempunyai simptom yang sama — sesak nafas dan muntah — dengan pelajar di SK Taman Pasir Putih dan SMK Pasir Putih yang telah ditutup semalam, dan lapan murid telah dihantar ke hospital.
“Saya pergi ke sekolah dan dimaklumkan bahawa anak saya sudah dihantar ke dewan ini. Katanya anak saya sesak nafas, tetapi saya belum nampak dia lagi.
“Saya tidak tahu lagi sama ada anak saya masih di dewan ini atau sudah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI),” seorang ibu bernama Noratikah Daud dilaporkan beritahu pemberita di Johor Baru hari ini, merujuk kepada anak perempuannya yang belajar di tingkatan dua SMK Tanjung Puteri Resort.
Lapan murid dari SK Tanjung Puteri Resort dilaporkan menerima rawatan HSI, manakala banyak lagi pelajar menerima rawatan awal di dewan komuniti berkenaan.
SK dan SMK Tanjung Puteri Resort berada 3.2km dari SK Taman Pasir Putih dan SMK Pasir Putih yang ditutup hari Khamis yang lalu selepas pencemaran udara toksik akibat pembuangan sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.