Pentadbir Berkuasa Tutup Sekolah Akibat Jerebu

Menurut API, dua kawasan menunjukkan bacaan kualiti udara tidak sihat, iaitu Rompin, Pahang (177) dan Banting, Selangor (101).

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Pihak pentadbiran sekolah mempunyai kuasa untuk menutup sekolah atau mengehadkan aktiviti luar akibat jerebu, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata hari ini.

Menurut Indeks Pencemaran Udara (API), setakat jam 2 petang hari ini, dua kawasan menunjukkan bacaan kualiti udara tidak sihat, iaitu Rompin, Pahang (177) dan Banting, Selangor (101).

“Apabila bacaan API mencatat bacaan tertentu, wajib bagi sekolah ditutup dan sebarang aktiviti luar turut dilarang berdasarkan SOP sedia ada.

“Maknanya, kita turunkan kuasa kepada sekolah supaya mereka tidak perlu lagi merujuk kepada Kementerian Pendidikan untuk mendapat kebenaran menutup sekolah atau mengehadkan aktiviti luar,” Teo dilaporkan oleh BH Online beritahu pemberita di lobi Parlimen hari ini.

“Ketika ini, pihak sekolah perlu memantau situasi (jerebu) dan apabila mereka berasa keadaan tidak selamat dan API merekodkan bacaan tertentu, mereka boleh tutup secara automatik,” beliau tambah.

You may also like