Cikgu Guna YouTube Ajar ‘Add Maths’ Mati Dari Kanser

Arwah Hayati, yang dilaporkan menghidap kanser payudara tahap empat sejak tahun 2017, telah upload video YouTube ajaran Matematik Tambahan walaupun sakit.

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Seorang guru yang membuat tutorial YouTube Matematik Tambahan untuk pelajarnya telah meninggal dunia akibat kanser payudara.

Hayati Aini Ahmad, guru di Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Long di Kajang yang mati hari Ahad lalu pada umur 46 tahun, mempunyai lebih daripada 300 video Matematik Tambahan di laman YouTube yang dikendalikannya dengan lebih daripada 9,000 subscriber.

“Selagi video di YouTube itu boleh memberi manfaat kepada semua, ambil dan belajarlah melaluinya.

“Isteri saya terpanggil untuk menyediakan video pelajaran dalam Bahasa Melayu ketika mengajar di YouTube bagi menyediakan alternatif kepada pelajar yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris kerana rata-rata video dalam YouTube dalam Bahasa Inggeris,” suami kepada arwah Hayati, Abdul Jalil Daud, beritahu mStar Online.

Arwah Hayati, yang dilaporkan menghidap kanser payudara tahap empat sejak tahun 2017, telah upload video YouTube ajaran Matematik Tambahan walaupun sakit.

Beliau juga mempunyai laman Facebook dengan bahan Matematik Tambahan.

Seorang bekas pelajar bernama Ainal Fadilah dari SMK Alma, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, dilaporkan berkata bahawa ia sangat mudah untuk memahami ajaran arwah Hayati.

“Sebagai bekas pelajar, saya akan terus kongsikan ilmu yang diberikan cikgu di media sosial melalui Facebook dan YouTube untuk kegunaan generasi akan datang agar ia terus berkembang,” Ainal beritahu mStar Online.

mStar melaporkan arwah Hayati menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum beliau mati di kediamannya di Kajang hari Ahad lalu.

You may also like