KKM Mempelawa Rakyat Berikan Pandangan Mengenai Kesihatan Selepas PKP

“Bantu kami untuk kami bantu anda.”

KUALA LUMPUR, 28 April – Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjemput rakyat untuk memberikan pandangan dan cadangan mengenai penjagaan kesihatan selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan.

“Bantu kami untuk kami bantu anda. Anda di pelawa untuk memberi cadangan atau pandangan kepada KKM untuk rakyat Malaysia kekal sihat selepas PKP,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan yang dimuatnaik ke laman Facebook beliau.

“Cadangan atau pandangan anda boleh diberi melalui pautan https://tinyurl.com/soalrakyatpascaCOVID  atau menulis terus di ruangan komen di post ini.”

PKP, yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu, dijangka akan tamat pada akhir fasa 4, iaitu pada 12 Mei.

Semalam, Malaysia merekodkan 40 kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah kes sebanyak 5,820. Satu kematian juga dilaporkan yang memberikan seramai 99 orang telah meninggal akibat penyakit tersebut.

You may also like