KP: 15 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19, Satu Dalam ICU

By CodeBlue | 20 March 2020

Salah salah seorang daripada 12 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dijangkiti coronavirus kini berada di intensive care unit.

  •  
  • 7
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Sehingga hari ini, 12 petugas kesihatan kerajaan dan tiga daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti coronavirus.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, salah seorang daripada 12 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini berada di intensive care unit (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.

“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” beliau berkata.

Kes Covid-19 di Malaysia telah berjumlah 900 kes sejak semalam, dengan dua kematian.

  •  
  • 7
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

You may also like