Solat Jumaat Diteruskan Kalau Wabak Covid-19 Masih Terkawal: Menteri Agama

Senator Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata solat Jumaat boleh untuk tidak dilakukan sekiranya KKM mengeluarkan larangan dan garis panduan lain.

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Solat Jumaat diteruskan dengan beberapa syarat sekiranya wabak Covid-19 masih terkawal, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menteri hal ehwal agama berkata.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata syarat-syarat tersebut adalah memendekkan khutbah, orang ramai berwuduk di rumah, dan “hand sanitiser” dan penutup mulut wajb disediakan di masjid.

Mereka yang ada simptom novel coronavirus tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.

“Sekiranya keadaan wabak Covid-19 merebak tanpa terkawal (menurut KKM), solat Jumaat boleh untuk tidak dilakukan, tetapi wajib diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing,” Zulkifli berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Walaupun, beliau berkata larangan tersebut perlu dikeluarkan oleh pemerintah yang berautoriti seperti KKM.

Larangan tersebut adalah termasuk juga sebarang bentuk acara dan perhimpunan, sama ada rasmi atau tidak, dan wabak sudah menunjukkan kesannya dan ramai individu yang telah disahkan positif Covid-19 di tempat tersebut.

Garis panduan dalam hal menggantikan solat Jumaat dengan solat Zohor di rumah juga termasuk pihak KKM menjalankan pemeriksaan yang rapi jemaah yang menghadiri masjid ataupun surau tersebut dalam tempoh jangkaan penularan wabak.

Pihak KKM sedang cuba mencari 5,000 peserta dari Malaysia yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor, pada 27 Februari hingga 1 Mac, selepas Brunei melaporkan satu kes Covid-19 yang telah menghadiri perhimpunan tersebut.

KKM menasihati mereka yang telah manghadiri perhimpunan tabligh itu untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran sekiranya mengalami gejala.

KKM juga semalam menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19.

Pihak World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik global.

You may also like