Covid-19: Selangor Batal Job Fair 2020

Ahli-ahli Task Force Covid-19 Selangor yang dipengerusikan oleh mantan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad termasuk Dr Christopher Lee dan Dr Adeeba Kamarulzaman.

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Kerajaan Selangor telah membatalkan Selangor Job Fair 2020 dan program awam lain yang tidak bersifat kritikal, susulan pengumuman baharu World Health Organization (WHO) tentang pandemik Covid-19.

Sekiranya program yang ingin dianjurkan tersebut kritikal dan tidak dapat dielakkan, maka langkah-langkah pencegahan yang lain akan dikuatkuasakan sewaktu program berlangsung, Mentri Besar Amirudin Shari berkata.

“Kerajaan negeri mengambil berat kemaslahatan umum dan akan melaksanakan segala langkah yang perlu bagi membendung merebaknya virus ini,” beliau berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin juga memaklumkan bahawa Majlis Tindakan Ekonomi Selangor telah meluluskan dengan serta merta penubuhan Task Force Covid-19 yang dipengerusikan oleh mantan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dan dibantu oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Pengerusi Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor.

Ahli-ahli pasukan lain termasuk Dr Christopher Lee, Dr Adeeba Kamarulzaman, Dr Fadzilah Kamaludin, Dr Abdul Rashid Abdul Rahman, dan Dr Yap Wei Aun.

You may also like