KKM Ingin Meningkatkan Bilangan Klinik Virtual Di Malaysia

Setakat ini, terdapat lima klinik virtual di klink kesihatan di seluruh negara.

KUALA LUMPUR, 22 November – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha meningkatkan perlaksanaan klinik virtual di seluruh negara.

“Kita sedang mengkaji beberapa aspek antaranya keselamatan data dan kerahsiaan,” kata timbalan menteri Dr Lee Boon Chye, menurut Bernama.

Sejak pelancaran projek perintis Mei lepas, terdapat lima ‘klinik virtual’; di klinik kesihatan KKM, iaitu Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam; Klinik Kesihatan Seberang Jaya, Pulau Pinang; Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18; Klinik Kesihatan Luyang, Sabah; dan Klinik Kesihatan Tudan Miri, Sarawak.

Namun begitu, Dr Lee berkata bahawa perundingan perubatan dalam talian hanya boleh digunakan untuk penyakit tertentu di peringkat awal kerana perundingan secara bersemuka masih diperlukan mengikut keadaan.

“Sebagai contoh kalau kita ada penyakit kronik NCD (penyakit tidak berjangkit) seperti darah tinggi dan kencing manis, pesakit sebenarnya boleh buat periksa tekanan darah, gula di rumah dan buat perundingan dalam talian.”

“Atau seperti yang dibuat di luar negara, bila pesakit rasa ada simptom tapi tak pasti, boleh buat perundingan bagi mengenal pasti sama ada simptom itu serius atau tidak. Jika serius doktor akan nasihatkan untuk buat perundingan secara bersemuka atau rujuk kepada
pakar,” kata beliau.

You may also like