Jerebu: Lapan Kawasan Dengan Kualiti Udara Sangat Tidak Sihat

Sri Aman kembali ke API kurang daripada 300.

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Indeks pencemaran udara (IPU) pada hari ini telah mencatatkan lapan kawasan dengan kualiti udara sangat tidak sihat setakat jam 9 pagi.

Tujuh daripada kawasan tersebut ialah Balik Pulau, Pulau Pinang (218), Petaling Jaya, Selangor (205), Shah Alam, Selangor (221), Klang, Selangor (202), Johan Setia, Selangor (260), Putrajaya (203), dan Nilai, Negeri Sembilan (210).

Manakala, IPU Sri Aman, Sarawak telah turun daripada paras berbahaya, iaitu 367 setakat jam 9 pagi semalam ke 237 hari ini.

Sejumlah 35 kawasan dilaporkan mempunyai kualiti udara tidak sihat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, lebih tinggi daripada 28 kawasan semalam pada jam yang sama.

Manakala, sebanyak 24 kawasan telah dikategorikan di bawah kualiti udara sederhana, iaitu IPU antara 51 – 100.

Dalam pada itu, sebanyak 115 sekolah di Selangor dan 51 sekolah di Pulau Pinang ditutup hari ini susulan kualiti udara tidak sihat.

You may also like