Jerebu: 24 Kawasan Di Semenanjung Tidak Sihat

Tiada kawasan dalam zon kualiti udara sangat tidak sihat.

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Indeks pencemaran udara (IPU) bagi keadaan jerebu di Malaysia hari ini telah naik semula ke 24 kawasan tidak sihat, berbanding 17 semalam.

Kesemua kawasan tersebut terletak di Semenanjung Malaysia, manakala Sabah dan Sarawak mencatatkan kualiti udara sederhana.

Kawasan dengan kualiti udara tidak sihat di Semenanjung Malaysia adalah: Sungai Petani, Kedah (109), Kulim Hi-Tech, Kedah (108), Seberang Jaya, Pulau Pinang (105), Minden, Pulau Pinang (113), Balik Pulau, Pulau Pinang (111), Tasek Ipoh, Perak (117), Pegoh Ipoh, Perak (101), Seri Manjung, Perak (124), Kuala Selangor, Selangor (104), Batu Muda, Kuala Lumpur (152), Petaling Jaya, Selangor (139), Shah Alam, Selangor (135), Cheras, Kuala Lumpur (144), Klang, Selangor (128), Putrajaya (140), Banting, Selangor (123), Nilai, Negeri Sembilan (126), Seremban, Negeri Sembilan (105), Port Dickson, Negeri Sembilan (102), Bukit Rambai, Melaka (102), Bandaraya Melaka, Melaka (105), Tangkak, Johor (133), Segamat, Johor (104) dan Rompin, Pahang (161).

Setakat jam 10am, tiada kawasan dilaporkan sangat tidak sihat.

Sebanyak 43 kawasan telah dikategorikan di bawah kualiti udara sederhana, iaitu IPU antara 51 – 100.

You may also like