KKM: Doula Bukan Jururawat Kebidanan

KKM menekankan kelahiran selamat yang disambut oleh anggota terlatih.

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Sebarang aktiviti yang mempromosi dan mengakibatkan kelahiran yang tidak selamat adalah bertentangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Menteri Kesihatan berkata hari ini.

Dzulkefly Ahmad memberitahu Senator Asmak Husin di Dewan Negara dalam jawapan parlimen bertulis bahawa ibu yang berhasrat untuk bersalin di rumah perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam Garis Panduan Pengurusan Ibu Hamil, selain berbincang dengan anggota kesihatan seperti pakar obsetrik.

“Kumpulan doula atau bidan tanpa pengiktirafan adalah bukan jururawat kebidanan kerana mereka tidak berdaftar dibawah Akta Bidan 1966 (Akta 436),” Dzulkefly berkata.

“KKM memberi penekanan yang utama kepada kelahiran selamat yang disambut oleh anggota terlatih dan bertauliah dalam bidang kebidanan. Ini adalah untuk memastikan ibu bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat.”

Dzulkefly dilaporkan berkata bulan Julai tahun lalu bahawa KKM akan mengawal perkhidmatan doula, atau koc kelahiran. 

Pada bulan Februari tahun lalu, seorang doula dituduh mengakibatkan kematian seorang bayi ketika ibu bersalin di rumah di Johor, tetapi polis tidak menjumpai apa-apa elemen tanggungjawab berkaitan dengan doula tersebut.

You may also like