Penagih Dadah Di Penjara Akan Dapat Rawatan

Muhyiddin berkata “decriminalisation” tidak bermakna memansuhkan atau meminda undang-undang.

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Penagih dadah yang ditahan di penjara akan diberi rawatan dan pemulihan dalam proses “decriminalisation”, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata.

Bernama melaporkan beliau berkata bahawa sebahagian besar daripada 70,000 tahanan penjara di Malaysia adalah penagih dadah.

“KDN akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam program ‘harm reduction’ melalui terapi dadah gantian methadone dan ‘joint management’ kes-kes dual diagnosis yang dijalankan oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Tampoi dan Hospital Permai di Johor,” Muhyiddin berkata selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan perbincangan di Putrajaya semalam.

KDN sedang mempertimbangkan mengeluarkan Seksyen 6, 8 dan 9 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (APD) daripada didaftarkan di bawah Akta 7 (Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Diingini 1969) bagi memberi peluang kedua kepada penagih yang dibebaskan daripada pusat pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Muhyiddin berkata. Seksyen-seksyen tersebut merujuk kepada penagih dadah.

Selain daripada APD, KDN juga memperhalusi keperluan untuk mengeluarkan Seksyen 15(1) dan Sekyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 daripada didaftarkan di dalam Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Tidak Diingini untuk memberi peluang kedua kepada bekas-bekas penagih dadah. Kedua-dua seksyen tersebut merujuk kepada penggunaan dadah sendiri dan pemilikan dadah.

Walau bagaimanapun, Muhyiddin berkata dalam satu kenyataan bahawa “decriminalisation” akan dilakukan bukan dengan memansuhkan atau meminda undang-undang sedia ada, tetapi lebih kepada tindakan pentadbiran, sambil menyebut “Discretion of Public Prosecutor” atau Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini.

Beliau berkata kunjungan Dzulkefly telah bersetuju untuk: “Libat urus (engagement) dengan pemegang taruh (stakeholders) bagi memberi persepsi yang tepat mengenai tindakan-tindakan ‘decriminalisation’ yang sedang dilaksanakan oleh KDN dan juga melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam program rawatan dan pemulihan.”

Muhyiddin juga berkata KDN sudah “mentakrifkan penagih sebagai pesakit dan memberi fokus kepada rawatan dan pemulihan penagihan melalui konsep ‘cure and care’ ini berbanding menghukum” dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan “decriminalisation” terhadap penagih dadah.

Dzulkefly berkata cadangan pelaksanaan “decriminalisation” terhadap penagih dadah memerlukan kajian terperinci dan holistik.

“Perlu tempoh yang panjang bagi memastikan setiap keputusan dasar kerajaan adalah dinamik dan sentiasa melestari kesejahteraan rakyat,” beliau berkata semalam.

“Menyelami isu dan permasalahan ke atas perkhidmatan kesihatan di penjara dan depot tahanan yang merangkumi pelbagai aspek dan seterusnya mencadangkan tindakan penambahbaikan yang boleh diusahakan oleh kedua-dua buah kementerian.”

Muhyiddin bertambah bahawa Dzulkefly dan beliau juga berbincang tentang pengurusan penyakit tuberculosis (TB) dan penyakit berjangkit lain di penjara, lokap, pusat tahanan, dan depot tahanan di KDN.

Seramai 16,955 orang banduan dikesan mempunyai penyakit berjangkit. Daripada jumlah ini, seramai 149 orang dikesan mempunyai penyakit TB, dan selebihnya adalah penyakit seperti Hepatitis B, Hepatitis C, dan lain-lain lagi, menurut Muhyiddin.

Bagi AADK, sehingga bulan Jun ini, seramai 1,280 klien dikesan mempunyai penyakit berjangkit, yang mana seramai 205 merupakan kes penyakit TB, manakala selainnya adalah lain-lain penyakit.

You may also like