Kerajaan Johor Arah Penguatkuasaan Terhadap Kilang-Kilang Pasir Gudang

By CodeBlue |

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin membetulkan kenyataannya dan berkata kawasan terbabit telah dibersihkan sepenuhnya.

  •  
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Kerajaan negeri Johor telah mengarahkan agensi yang berkenaan untuk membuat penguatkuasaan segera kepada semua kilang-kilang di Pasir Gudang yang berpotensi terhadap gangguan alam sekitar bermula hari ini.

Exco kerajaan Johor, Menteri Kesihatan Malaysia Dzulkefly Ahmad, dan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah berkata dalam satu kenyataan bahawa gejala sesak nafas dan muntah-muntah melibatkan 15 buah sekolah di Pasir Gudang.

Lima belas sekolah tersebut ialah SMK Tanjung Puteri Resort, SK Taman Pasir Putih, SK Pasir Gudang 2, SK Pasir Gudang 1, SMK Bandar Seri Alam 2, SMK Taman Pasir Putih, SK Tanjung Puteri Resort, SMK Bandar Seri Alam, SK Taman Rinting 2, SK Taman Rinting 3, SK Desa Cemerlang, SK Kota Masai, SMK Taman Megah Ria, SK Pasir Putih, dan SK Taman Megah Ria 2.

Sehingga jam 3 petang hari ini, seramai 75 orang telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail.

“Pemantauan kualiti udara dibuat secara berkala 3 kali sehari mengikut kelembapan, suhu, arah dan kelajuan angin (pagi, tengah hari dan malam).

“Sehingga kini, radius pemantauan telah diperluaskan sehingga 15km (tindakan diaktif berdasarkan analisa data yang diperolehi),” kenyataan itu berkata.

Malay Mail melaporkan Johor Mentri Besar Dr Sahruddin Jamal berkata bahawa insiden kali ini dipercayai melibatkan pencemaran udara daripada sisa kimia.

Beliau berkata insiden yang terbaru ini tidak ada kena-mengena dengan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim pada bulan Mac lalu.

“Semua sisa dari Sungai Kim Kim insiden yang terdahulu telah dibuang melalui insinerator pada 8 April,” Dr Sahruddin berkata.

Beliau bertambah pihak berkuasa akan menumpukan penyiasatan ke atas 30 kilang kimia di Pasir Gudang.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata sebelum ini bahawa kejadian sesak nafas baru-baru ini disebabkan oleh lebihan daripada pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim pada bulan Mac lalu yang tidak dibersihkan sepenuhnya oleh pihak kontraktor.

Tetapi beliau kemudian mengeluarkan kenyataan dan berkata bahawa “kawasan terbabit telah dibersihkan sepenuhnya dan sisa berbahaya yang terkumpul telah dibawa ke pusat pelupusan Kualiti Alam untuk dihapuskan.”

  •  
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

You may also like