Satu Juta Kes Penyakit Kelamin Dikesan Setiap Hari

Kerintangan antimikrobial terhadap rawatan juga semakin meningkat.

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Berdasarkan angka terbaru daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih daripada satu juta kes baru empat jenis penyakit jangkitan seksual (STI) dikesan setiap hari.

Empat jenis penyakit tersebut adalah klamidia, gonorrhea, trikomoniasis dan siflis. Satu daripada dua puluh lima orang seluruh dunia secara purata menghidap salah satu daripada STI ini.

“Jangkitan-jangkitan ini menunjukkan bahawa orang rami mengambil risiko mengenai kesihatan, seksualiti dan kesihatan reproduktif mereka,” berkata Dr. Melanie Taylor, penulis utama laporan tersebut dan pakar epidemiologi perubatan di jabatan Penyelidikan dan Kesihatan Reproduktif WHO.

WHO berkata terdapat lebih daripada 376 juta kes baru dikesan setiap tahun. Angka tersebut mewakili bilangan kes dan tidak semestinya individu, beliau berkata. Seseorang itu boleh dijangkiti beberapa jenis STI, atau kembali dijangkiti dalam masa setahun dengan satu atau lebih STI.

STI boleh merebak melalui hubungan seks oral, vagina dan anal. Ada yang boleh menjangkiti dari ibu ke anak ketika hamil atau lahir, seperti klamidia, gonorrhea dan siflis. Siflis boleh juga dijangkiti akibat bersentuhan dengan darah yang tercemar.

Sekiranya tidak dirawat, jangkitan-jangkitan ini boleh memberikan kesan yang serius, termasuklah kemandulan bagi lelaki dan wanita, bayi lahir mati, kehamilan ektopik dan peningkatan risiko jangkitan HIV.

Walaupun jangkitan-jangkitan ini boleh dirawat menggunakan antibiotik, kekurangan bekalan penisilin enzathine mejadikan ia semakin sukar untuk merawat siflis.

WHO juga berkata bahawa kerintangan antimikrobial terhadap rawatan gonorrhea juga menjadi ancaman kesihatan yang semakin merebak.

Data untuk kajian tersebut dikumpul daripada lelaki dan wanita berumur diantara 15 dan 49 tahun dari seluruh dunia. Pada tahun 2016, dijangkta terdapat 127 juta jangkitan klamidia, 156 juta jangkitan trikomoniasis, 87 juta kes gonorrhea dan 6.3 juta kes siflis.

You may also like