Kesihatan Ainul Mardhiah Semakin Baik

Bayi Ainul Mardhiah yang menghidapi germ cell tumour di mulut kini di London untuk dapatkan rawatan.

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Keadaan bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser mulut germ cell tumour menunjukkan perkembangan positif, ayahnya berkata.

Ahmad Safiuddin berkata doktor mahu anak perempuannya yang berumur sembilan bulan untuk rehat dulu sebelum persiapan rawatan seterusnya.

“Doakan supaya Ainul berjaya lepasi ujian seterusnya ya!” Ahmad Safiuddin berkata.

Ainul Mardhiah dengan keluarganya tiba di London, UK, pada 25 Mei untuk dapatkan rawatan.

Rakyat Malaysia telah memberi sumbangan kepada keluarga Ainul Mardhiah supaya mereka boleh mendapatkan rawatan di luar negara untuk bayi tersebut yang menghidapi germ cell tumour di mulut.

You may also like