UPM Cipta Balutan Daripada Buah Peria Dan Belimbing Bagi Pesakit Diabetes

Kos rawatan dijangka kurang daripada RM30.

KUALA LUMPUR, 29 Mei — Pesakit diabetes dengan luka yang tidak mudah sembuh mungkin tidak lama lagi dapat dirawat dengan rawatan yang lebih efektif dan murah mengunakan ekstrak buah peria dan bakteria belimbing reput.

Pasukan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai Profesor Rosfarizan Mohamad daripada fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekular, menerangkan kaedah balutan luka berubat menggunakan kombinasi belimbing reput (“bakteria yang telah diasingkan”) dan bahan daripada buah peria (“penyediaan nanopartikel perak”).

Kos produk terbaru ini kurang daripada harga RM30 bagi produk berkemampuan yang sama daripada luar negeri. Ia juga dapat menyembuh luka dalam tempoh yang lebih singkat.

“Produk yang ada di pasaran sekarang berharga RM30 bagi 15g.”

Rosfarizan berkata produk rawatan tersebut akan dijual dengan harga kurang daripada RM30 setiap 15g. Ini akan menjadikan ia mampu dibeli bagi golongan pendapatan rendah B40.

“Produk daripada luar negara memerlukan lebih daripada 48 jam untuk membolehkan luka mulai sembuh. Produk kami mengambil masa kurang daripada 48 jam.”

Beliau mengatakan bahawa walaupun produk tersebut dapat merawat pelbagai jenis luka, pasukan penyelidik UPM tersebut memberi fokus kepada luka berkait diabetes. Ini adalah kerana jenis luka tersebut sukar untuk sembuh.

Projek penyelidikan ini bermula pada tahun 2016 dan dijangka tamat pada 2021. Penyelidikan ini bermula dengan dana sebanyak RM 50,000 daripada UPM. Mereka sedang dalam proses mendapatkan dana tambahan sebanyak RM250,000 daripada Kementerian Pendidikan bagi penyelidikan seterusnya.

Malaysia dianggarkan mempunyai seramai tiga juta pesakit diabetes dan kerajaan membelanjakan kira-kira RM2.04 bilion setiap tahun bagi tujuan rawatan mereka. Lebih kurang RM1 juta setiap tahun dibelanjakan untuk merawat luka berkait diabetes.

Prof. Rosfarizan yakin produk ini dapat menangani isu kos. Buat masa ini, pasukan beliau sedia berjumpa dengan pelabur dan syarikat yang berminat bagi tujuan penyelidikan dan komersialisasi.

You may also like