Kekerapan Kejadian Buang Bayi Meningkat

Pelajar berusia antara 18 hingga 23 tahun yang paling banyak terlibat dalam kes buang bayi.

KUALA LUMPUR, 24 April — Tren kes pembuangan bayi sudah tidak lagi mengikut musim, atau waktu tertentu. Kalau dahulunya sembilan bulan selepas tahun baharu, Hari Merdeka, atau perayaan-perayaan besar yang lain, kini ia berlaku sepanjang tahun.

Pengurus Rumah Puteri Arafiah yang menjaga remaja perempuan terlanjur, Hazwani Husna Azman, beritahu Sinar Harian bahawa pelajar kolej dan universiti dalam lingkungan usia 18 hingga 23 tahun yang terbanyak terlibat dalam kes pembuangan bayi.

“Kelompok usia antara 18 hingga 23 tahun ini memang paling ramai terjebak dalam kancah seks, maklumlah baru keluar dari rumah dan jagaan keluarga apabila berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat kolej atau universiti,” Hazwani dilaporkan berkata.

“Jika hantar ke pusat jagaan bayi seperti baby hatch, nama ibu mesti didaftarkan. Jadi bagi menjaga aib dan maruah, mereka bertindak singkat dengan meninggalkan bayi mereka di mana-mana sahaja, bukannya di tempat yang sepatutnya tanpa perikemanusiaan.”

Lebih daripada 100 orang bayi dibuang setiap tahun di Malaysia, statistik polis menunjukkan.

You may also like