Lebih 100 Bayi Dibuang Setiap Tahun

Purata 18,000 perempuan remaja di Malaysia hamil setiap tahun, dengan 25 peratus daripada itu melibatkan kehamilan di luar ikatan perkahwinan.

KUALA LUMPUR, 5 April — Lebih daripada 100 orang bayi dibuang setiap tahun di Malaysia, statistik polis menunjukkan.

Bernama juga melaporkan bahawa purata 18,000 perempuan remaja di Malaysia hamil setiap tahun, dengan 25 peratus daripada itu, atau lebih kurang 4,500 kes, melibatkan kehamilan di luar ikatan perkahwinan.

“Sebelah tangan bertepuk takkan berbunyi. Dalam keadaan ini, yang perempuannya yang menanggung beban, yang lelaki pula lepas begitu sahaja,” ketua pegawai Yayasan Chow Kit (YCK) memberitahu Bernama.

“Kalaulah masyarakat tidak terlalu cepat menghukum, ibu yang malang ini boleh diperkasakan.”

Beliau dilaporkan berkata kebanyakan ibu yang tidak berkahwin di Kuala Lumpur berasal dari negeri lain seperti Kedah, Pahang atau Kelantan.

Ananti dilaporkan berkata YCK menyediakan kaunseling untuk ibu yang tidak berkahwin dan ia terpulang kepada mereka untuk memberikan anak mereka sebagai anak angkat.

You may also like