KUALA LUMPUR, 29 Mac — Seorang pembantu tadbir Jabatan Pertanian didakwa hari ini membuat 32 tuntutan palsu rawatan kesuburan berjumlah RM209,233.
Sinar Harian melaporkan Mazuin Zulkifli, 33, mengaku tidak bersalah kepada 32 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di Kuantan.
Mazuin didakwa memalsukan tuntutan pembiayaan perubatan kesuburan tersebut di Pusat Kesuburan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dari 10 Oktober 2014 hingga 10 Oktober 2017 ketika bekerja di Jabatan Perhutanan Pahang dan Jabatan Pertanian Pahang.
Mazuin didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Wanita tersebut menghadapi penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai kesalahan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi, jika disabit kesalahan.