Wanita Ditahan Cuba Buang Bayi Di Hospital

Bayi dalam keadaan stabil.

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun yang disyaki cuba membuang bayi dalam mangkuk tandas di Hospital Selayang semalam.

Bernama melaporkan beliau ditahan selepas kejadian disaksikan oleh seorang wanita pekerja kilang yang memaklumkan perkara tersebut kepada pengawal keselamatan.

“Pada masa ini suspek ditahan di wad Zon Merah hospital itu untuk rawatan dan enggan memberikan kerjasama ketika ditemubual oleh doktor… dia hanya menangis sejak ditempatkan di wad Zon Merah,” Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof beritahu Bernama hari ini.

Bayi lelaki, yang didapati telah baru dilahirkan oleh suspek, dilaporkan dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan.

You may also like