Jerebu: IPU Johan Setia, Selangor, Sangat Tidak Sihat

Keadaan lebih baik dengan 17 kawasan dengan udara tidak sihat, berbanding 22 semalam.

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Indeks pencemaran udara (IPU) bagi keadaan jerebu di Malaysia hari ini mencatatkan keadaan lebih baik dari semalam, dengan 17 kawasan dengan udara tidak sihat setakat jam 10 pagi ini, berbanding 22 semalam.

Lima belas kawasan dengan kualiti udara tidak sihat terletak di Semenanjung Malaysia, manakala satu di Sarawak.

Kawasan dengan kualiti udara tidak sihat di Semenanjung Malaysia adalah: Balik Pulau, Pulau Pinang (132), Minden, Pulau Pinang (105), Tasek Ipoh, Perak (104), Seri Manjung, Perak (142), Jerantut, Pahang (116), Kuala Selangor, Selangor (139), Batu Muda, Kuala Lumpur (143), Petaling Jaya, Selangor (125), Shah Alam, Selangor (132), Cheras, Kuala Lumpur (125), Klang, Selangor (136), Putrajaya (127), Nilai, Negeri Sembilan (126), Banting, Selangor (123), dan Tangkak, Johor (109).

Manakala di Sarawak, kualiti udara Sri Aman berada pada paras 159.

Johan Setia, Selangor telah mencatatkan kualiti sangat tidak sihat pada 213, perbezaan yang drastik dari pagi semalam di mana IPU dicatatkan pada 174.

Sebanyak 51 kawasan telah dikategorikan di bawah kualiti udara sederhana, iaitu IPU antara 51 – 100.

You may also like