Ketiadaan Bekalan Ubat Eye Drops Di Hospital Selayang — Mohd Zulkifli Abd Latif

Pada Disember 29, 2022, kaunter farmasi di Hospital Selayang memberitahu saya bahawa ubat Alphagan Eye Drops tidak dapat dibekalkan dan menyuruh saya membeli ubat itu sendiri di pasaran luar.

Saya telah pergi ke Hospital Selayang pada Disember 29, 2022, untuk mengambil bekalan ubat kerana saya adalah pesakit yang berdaftar di situ.

Pihak di kaunter farmasi telah memberitahu saya bahawa ubat Alphagan eye drops tidak dapat dibekalkan.

Pegawai di kaunter telah menyuruh saya membeli ubat itu sendiri di pasaran luar.

Saya telah bertanya: “Siapa yang mengeluarkan arahan bahawa saya di suruh membeli ubat ini?”

Pegawai itu tidak boleh menjawab soalan saya, dan hanya mengomel-gomel sahaja.

Saya adalah seorang pesara kerajaan Malaysia.

Arahan untuk membeli ubat wajib diberikan surat secara hitam putih.

Saya amat sedih dengan perkara ini kerana pihak hospital tidak mengambil kira kesusahan rakyat.

Kos sara hidup rakyat semakin naik kerana ubat ini tinggi harganya. Adalah tanggungjawab kerajaan untuk membekal ubat ini untuk pesara kerajaan.

Saya dimaklumkan supaya datang semula pada Januari 26, 2023 selanjutnya untuk bekalan ubat.

Ini bermakna saya ketiadaan ubat Alphagan sehingga tarikh itu.

Rakyat yang sudah ada sakit akan mendapat sakit kedua, iaitu sakit hati dengan kerajaan.

  • This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of CodeBlue.

You may also like