‘Tidak Melepasi Tapisan’: Sekatan Impian Menjadi Doktor – Dr Prabakaran Karuppiah

“Nak give up, teringat pula pengorbanan mendiang mak ayah aku. Nak stay motivated pun, kontrak makin mendekati tarikh luput. Susah sangat ke nak bagi jawatan kepada pegawai perubatan?”

Dulu, bersungguh-sungguh belajar, konon nak jadi doktor.

Mak ayah aku, walaupun berpelajaran setakat sekolah rendah je, berusaha cari duit untuk tampung perbelanjaan dan kos pembelajaran kursus perubatan di kolej swasta.

Nak mintak biasiswa tak layak sebab dilahirkan salah warna kulit.

Nak kata aku ni pandai, tak lah sangat. Average je.

Aku belajar ikut kemampuan aku. Masa masih student, ayah aku meninggal. Landing kat KLIA, baru diberitahu ayah meninggal. Balik rumah menghadap mayat ayah. Entah macam mana, aku lepas gak medical school lepas lima tahun.

Habis belajar tunggu lantikan doktor pelatih selama satu tahun. Memang frust lama menunggu. Konon banyak sudah doktor pelatih. Akhirnya, dapat jugak lah. Kali ni, aku pilih untuk berkhidmat di Sabah.

Dua tahun aku berusaha untuk habiskan housemanship.

1st posting kena extend. Maklumlah masih tak matang. Akhirnya sampai juga final posting di ED (emergency department). Masa ni, mak aku mula tak berapa sihat sudah. Minta cuti rehat nak jaga mak, baru aku sedar keperitan “contract officer”:

“Sorry, cannot. You are not eligible. You are contract”. “If you want, you have to resign.”

Aku berharap dengan saudara mara untuk jaga mak aku.

Orang pandai buat pilihanraya Sabah, boom meningkat kes Covid di Sabah. Sangkut lah. Macam mana nak balik tengok mak. Kes Covid berduyun-duyun masuk ED waktu tu. Cuti kena beku.

Mak aku jalani pembedahan, aku pulak busy kat hospital. Akhirnya, habis jugak ED posting. Beberapa hari lepas tu, jadi MO (medical officer). Aku pilih untuk terus bertugas di Sabah. Kena hantar ke Covid rotation.

Lepas beberapa bulan, aku minta izin dari boss nak jumpa mak sebab mak perlu chemo dan radiotherapy. Boss baik, aku pun balik. Jumpa mak, settle hospital issue. Empat hari je, then balik Sabah. Sambung tugas kat Covid.

Saudara-maraku tolong look after mak. Then, masa kat kerja, tetiba receive call, mak aku collapse depan rumah masa nak ke kerja. Mak aku sakit pun hari-hari pergi kerja.

Masuk hospital, Covid positif. Aku gegas balik next day, sempat jumpa dia lagi. Under face mask, dia masih introduce aku pada staff nurse yang jaga dia.

“Adik, ini anak saya, dia kerja doktor.”

Dua kali je aku jumpa, severe organising Covid pneumonia. Lepas satu minggu, mak aku meninggal. Three weeks later, aku balik sambung kerja di Sabah. Takat ni, aku dah mula menyampah.

Months passed. [Menteri Kesihatan] Khairy Jamaluddin announced konon ada chance untuk dapatkan permanent post. Aku pun happy sikit, lalu apply.

Keputusan: TIDAK MELEPASI TAPISAN.

Disuruh cuba tahun depan. Website tidak beri panduan untuk mengisi borang. Dah isi maklumat yang tepat, pun masih kata tak diisi.

Nak give up, teringat pula pengorbanan mendiang mak ayah aku. Nak stay motivated pun, kontrak makin mendekati tarikh luput.

Susah sangat ke nak bagi jawatan kepada pegawai perubatan? Elaun parking menteri dah lebih tinggi dari gaji doktor sebulan.

Belum pernah aku terfikir nak ke luar negara, memori bersama mak ayah aku masih banyak di sini.

Tahniah kepada semua yang melepasi tapisan.

Dr Prabakaran Karuppiah is a UD43 contract medical officer with the ENT (ear, nose, throat) department at Queen Elizabeth Hospital 1 in Kota Kinabalu, Sabah.

  • This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of CodeBlue.

You may also like