Kematian Ke-24 Coronavirus Dicatat, Pesakit Usia 35 Tahun

By CodeBlue | Posted on

Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

  •  
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melapor hari ini satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19, seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun.

Pesakit ke-1,056 mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia awal bulan ini.

“Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020.

“Hasil ujian pengesahan Covid-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam,” Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata.

Malaysia semalam mencatat peningkatan terbesar kes Covid-19 dengan 235 kes baru, menjadikan kumulatif kes di negara sebanyak 2,031.

  •  
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

You may also like