Agong Kuarantin Selepas Tujuh Petugas Istana Negara Dijangkiti Covid-19

Agong dan Permaisuri kini kuarantin diri selama 14 hari.

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Tujuh petugas Istana Negara telah disahkan positif untuk Covid-19, menurut Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, manakala, jalani saringan kesihatan dan disahkan negatif untuk coronavirus. Mereka kini kuarantin diri selama 14 hari mulai semalam.

Kesemua tujuh petugas Istana Negara stabil, sedang terima rawatan di hospital, kata Pengelola Bijaya Diraja.

Kes coronavirus di Malaysia telah meningkat ke hampir 1,800, manakala 21 kematian telah dicatatkan.

You may also like