KP Kesihatan Tak Pernah Nasihat Orang Menjauhi Bangsar, Pantai: Coronavirus

Pantai Hospital mengesahkan tiga kes Covid-19.

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Bernama telah menyiarkan laporan tidak tepat bahawa Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kononnya menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan Bangsar dan Pantai akibat novel coronavirus.

Menurut Bernama, Dr Noor Hisham hari ini berkata laporan Bernama tentang kenyataannya memuji tindakan Dr Sanjiv Joshi yang buat self-kuarantin untuk 14 hari selepas merawat pesakit Covid-19 nombor 29, walaupun beliau diuji negatif untuk novel coronavirus.

“Bernama kesal dengan penyiaran laporan yang tidak tepat itu,” kata Bernama hari ini.

“Malam tadi, Bernama telah membuat pembetulan terhadap berita berkenaan serta mengeluarkan notis terhadap kesilapan itu namun laporan itu telahpun disiarkan lebih awal oleh beberapa organisasi media.

“Setelah Bernama menghubungi editor-editor berkenaan, berita itu telah dikeluarkan daripada portal mereka.”

Pantai Hospital Kuala Lumpur semalam mengesahkan tiga kes Covid-19 — kes nombor 24, 27, dan 29 — sebelum memindah kesemua pesakit ke hospital kerajaan.

You may also like