Isu Doktor Tengking Pesakit Selesai: KKM

Video doktor di Klinik Kesihatan Seremban yang menjerit terhadap seorang pesakit untuk tunggu telah menjadi tular.

KUALA LUMPUR, 18 Feb — Pertelingkahan antara seorang doktor di Klinik Kesihatan Seremban dan seorang pesakit telah diselesaikan melalui runding cara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata hari ini.

Pengguna Facebook Loshsine Uthi Kumaran Loshyy telah upload sebuah video doktor kerajaan yang menjerit terhadapnya untuk menunggunya selesai seorang pesakit dulu, atau keluar jika beliau tidak boleh menunggu. Pesakit juga melemparkan kata kesat terhadap doktor tersebut.

Loshsine berkata bahawa beliau pergi ke klinik kerajaan semalam untuk batuk dan flu yang teruk. Tetapi doktor tersebut dituduh tidak memeriksanya dengan stetoskop dan seterusnya berkata pesakit akan diberi ubat batuk.

Walau bagaimanapun, farmasi tidak memberinya ubat batuk, tetapi ubat diarrhoea dan flu. Apabila pesakit berjumpa doktor lagi sekali dengan bapanya, yang bertanya mengapa pesakit tidak diberikan ubat yang betul, doktor menengking mereka.

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) berkata siasatan awal telah dijalankan dan pengadu telah dihubungi.

“Terkini, isu ini telah diselesaikan melalui runding cara kedua-dua pihak,” Dr Mohamad Faid Abd Rashid, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), berkata dalam satu kenyataan.

JKNNS berkata sebarang aduan mengenai perkhidmatan yang disampaikan perlu dikemukakan melalui saluran rasmi yang telah disediakan.

“Orang ramai juga adalah diingatkan bahawa mengambil gambar serta rakaman video tanpa kebenaran di fasiliti kesihatan adalah dilarang.

“Larangan ini adalah amat penting untuk difahami dan dipatuhi oleh orang ramai, terutamanya demi menjaga kerahsiaan pesakit-pesakit lain yang sedang menerima rawatan mahupun pemeriksaan di fasiliti kesihatan, termasuk di bilik konsultasi pegawai perubatan.”

You may also like