Selepas OKU Dipenjara, Menteri Janji Mansuhkan Tahun Ini Kesalahan Cuba Bunuh Diri

Menteri undang-undang tidak berkata jika kerajaan akan melaksanakan “moratorium” terhadap penahanan atau pendakwaan atas percubaan bunuh diri.

KUALA LUMPUR, 3 Feb — Pindaan kepada undang-undang sedia ada bagi memansuhkan cubaan bunuh diri bakal dibentangkan dijangka seawal pertengahan tahun 2020, menteri undang-undang berkata hari ini.

Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen), memberi jangka masa ini berdasarkan tahap kemajuan, dan tambah bahawa ini tertakluk kepada kelulusan daripada Jemaah Menteri.

Ini susulan berita hukuman enam bulan penjara terhadap seorang individu berkurang upaya (OKU), Mohamad Sani Isa, atas kesalahan cuba membunuh diri di Terengganu. Dia dihukum oleh Magistret Nordiana Ab Aziz semalam.

Ia dilaporkan yang Mohamad Sani, 38, cuba membunuh dirinya pada 23 Disember lalu, dan diarah untuk menjalani rawatan psikiatri di Hospital Permai, Tampoi, Johor. Mohamad Sani dikatakan murung.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, Liew kata berita hukuman tersebut adalah sangat membimbangkan kerana cubaan membunuh diri adalah satu keadaan kesihatan mental yang perlu dirawat sebagai satu isu kesihatan.

Sama juga dikatakan dengan sebarang bentuk kecederaan kepada diri sendiri secara sengaja atau “self-harm”, tambah Liew.

“Individu-individu ini mesti diberikan akses yang mereka memerlukan kepada penjagaan kesihatan mental dan dirawat sebagai pesakit, bukannya dijadikan banduan,” katanya.

Pada tahun lalu, Liew mengumumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk memansuhkan cubaan bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah. Liew, hari ini, berkata kerajaan tetap tegas dalam memastikan ini dilaksanakan.

“Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji secara aktif bagaimana pemansuhan ini boleh dilaksanakan secara holistik oleh kerajaan.

“Perlu adanya dahulu sebuah mekanisme yang mampan dan berkesan untuk membolehkan individu-individu ini mengakses penjagaan kesihatan mental sebelum cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah dimansuhkan.”

Butiran mekanisme tersebut, serta cara operasinya, masih dikaji pada masa ini, kata Liew.

Tetapi menteri undang-undang tidak berkata sama ada satu “moratorium” terhadap penahanan atau pendakwaan atas percubaan bunuh diri akan dilaksanakan sehingga itu.

Sementera itu, kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) mendesak Peguam Negara Tommy Thomas mengkaji semula kes itu dan merujukkannya kepada Mahkamah Tinggi, dan tambah bahawa sabitan dan hukuman tersebut patut dibatalkan.

“Kebijaksanaan untuk mendakwa mesti dilaksanakan dengan wajar dan sesuai dengan keadaan kasus,” kata pengarah LFL, Melissa Sasidaran, dalam satu kenyataan.

Pengarah pusat asasi manusia itu juga bertambah, tertuduh, yang katanya tidak diwakili peguam semasa dihukum, “jelas sangat memerlukan bantuan”.

You may also like