Wanita China Dijangkiti Coronavirus, Lapan Kes Di Malaysia

By CodeBlue | 30 January 2020

Warganegara China tersebut ialah isteri kepada seorang lagi pesakit novel coronavirus.

  •  
  • 6
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Seorang warganegara China di Malaysia telah dijangkiti “novel coronavirus” dari China, menjadikan jumlah kes positif sebanyak lapan di negara ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata kes kelapan terbaharu ini yang berusia 49 tahun merupakan isteri kepada pesakit 2019-nCoV ketujuh yang sebelum ini dilaporkan di Johor. Wanita itu telah dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Permai, Johor dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kesemua kes positif 2019-nCoV di Malaysia terdiri daripada warganegara China.

Empat pesakit novel coronavirus telah dimasukkan di wad isolasi di Hospital Sungai Buloh di Selangor, tiga di Hospital Permai di Johor, dan satu di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

Dari 10 Januari 2020 sehingga 29 Januari tahun ini, jumlah kumulatif kes patient-under-investigation (PUI) bagi jangkitan 2019-nCoV adalah 89 orang; di mana 44 orang adalah warganegara Malaysia, 42 orang warganegara China dan masing-masing satu (1) warganegara Jordan, Brazil dan Thailand.

“KKM bekerjasama erat dengan beberapa kementerian lain bagi membawa pulang 78 orang rakyat Malaysia yang bekerja di Wuhan, China,” Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata.

“Semua mereka ini akan disaring, diambil sampel dan diletakkan di bawah pemantauan kesihatan selama 14 hari.”

Menurut CNN, negara China telah mengesahkan sekurang-kurangnya 7,711 kes novel coronavirus, termasuk 170 kematian pada akhir hari Rabu. Semua 31 wilayah di negara China sekarang telah melaporkan kes 2019-nCoV yang berasal dari bandar Wuhan di wilayah Hubei.

  •  
  • 6
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

You may also like