Coronavirus: Kerajaan Segerakan Peruntukan Tambahan 12 Pengimbas Suhu

By CodeBlue | Posted on

Peruntukan akan disalurkan secepat mungkin untuk mengesan jangkitan coronavirus baru.

  •  
  • 4
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUALA LUMPUR, 28 Jan — Kementerian Kewangan akan menyegerakan secara serta-merta peruntukan tambahan untuk 12 pengimbas suhu untuk mengenalpasti individu yang mungkin dijangkiti coronavirus baru dari China.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata beliau telah meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ahmad Badri Mohd Zahir untuk memberikan kerjasama penuh supaya peruntukan ini dapat disalurkan secepat mungkin.

“Kementerian Kewangan akan memberikan sokongan penuh kepada Kementerian Kesihatan agar kemampuan agensi kesihatan awam untuk melakukan tugas mereka berada pada tahap yang bertepatan dengan piawaian kesihatan antarabangsa,” Lim berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri berkata rakyat negara China dari wilayah Hubei, tempat asal coronavirus baru, dikenali sekarang sebagai 2019 n-CoV, tidak akan dibenarkan masuk ke Malaysia pada waktu ini. Kemudahan imigresen akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal.

Malaysia telah melaporkan empat kes coronavirus yang berasal dari keluarga virus yang sama yang menghasilkan penyakit serius seperti SARS dan MERS, atau penyakit biasa seperti selsema. Kesemua pesakit itu — rakyat negara China dari Wuhan — telah memasuki Johor dari Singapura.

  •  
  • 4
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

You may also like