Kaunter Ubat Pandu Lalu Di Pusat Beli-Belah Johor Akan Dibuka

Tiga lokasi di Johor Baru telah dikenalpasti — AEON Tebrau, Pasaraya Giant Tampoi, dan Galeria Kota Raya.

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Pesakit awam luar negeri di Johor tidak lama lagi akan dapat mengambil ubat-ubatan mereka dari pusat beli-belah.

Rasional program ini adalah untuk mengurangkan masa menunggu bagi pesakit, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia Negeri Johor Aminolhuda Hassan dilaporkan berkata semalam, menurut Sinar Harian, dengan penubuhan kaunter atau ruang khas untuk membolehkan pesakit mengambil ubat mereka.

Tiga lokasi di Johor Baru telah dikenalpasti untuk tujuan ini — AEON Tebrau, Pasaraya Giant Tampoi, dan Galeria Kota Raya — dan program Jabatan Kesihatan Johor itu dijangka bermula pada bulan Jun, selepas ia dibentangkan kepada kerajaan negeri dan diluluskan.

“Kita ada jumpa beberapa kaedah-kaedah untuk tingkatkan perkhidmatan hospital; sebagai contoh buat pesakit yang mahu ambil ubat. Jadi, kita nak kurangkan kesesakan di tempat-tempat menunggu dengan wujudkan kaunter pandu lalu.

“Dengan cara ini, mereka ini boleh duduk dalam kereta sahaja untuk ambil ubat. Sekarang ini kita sedang dapatkan kerjasama daripada pihak pengusaha pusat beli belah, untuk dapatkan kedudukan sesuai untuk kita tempatkan pegawai dan bekalan ini,” tambah beliau.

Walau bagaimanapun, program “Locker for You” hanya untuk pesakit awam yang mempunyai preskripsi, lapor Bernama.

Laporan Bernama juga memetik Aminolhuda sebagai berkata bahawa beberapa pusat membeli-belah di Muar dan Batu Pahat juga sedang dipertimbangkan untuk projek itu.

Di sektor kesihatan awam Malaysia, sistem pengasingan dispensari (dispensing separation) diamalkan, di mana pesakit mengambil preskripsi mereka daripada doktor, dan pergi ke farmasi untuk mengumpul ubat.

You may also like