Syed Saddiq Dibedah Untuk Apendisitis

Pembedahan dilakukan di Malaysia.

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjalani pembedahan di Malaysia hari ini atas masalah apendisitis.

Pembedahan tersebut yang baru sahaja selesai telah berjaya dan beliau kini dalam keadaan stabil.

“Kami memohon agar beliau diberikan ruang untuk berehat dalam tempoh pemulihan ini dan tiada pelawat dibenarkan buat seketika waktu,” Pejabat Menteri Belia dan Sukan berkata dalam satu kenyataan hari ini.

You may also like