KKM Siasat Punca Cedera Paru-Paru Remaja Yang Dikaitkan Dengan Vape

By CodeBlue | 08 November 2019

Punca dan sebab sebenar kecederaan masih belum dikenalpasti.

  •  
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUALA LUMPUR, 8 November – Seorang remaja berumur 17 tahun yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Labuan pada 4hb Oktober lalu, didapati mengalami kecederaan dalaman yang serius di paru-paru, di samping beberapa gejala lain seperti rhabdomyolysis dan kegagalan fungsi buah pinggang.

Siasatan Jabatan Kesihatan WP Labuan menunjukkan remaja tersebut, yang mempunyai sejarah penyakit asma, sedang menggunakan vape dua minggu sebelum dimasukkan ke hospital, sebagai usaha beliau berhenti merokok.

Kes ini telah menular di media sosial baru-baru ini akibat dikaitkan dengan penggunaan vape.

Hasil siasatan awal tersebut menunjukkan beliau mengalami kecederaan dalaman paru-paru yang serius. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kemungkinan bagaimana kecederaan ini boleh berlaku, termasuklah jangkitan paru-paru, penyakit autoimmune, pendedahan bahan kimia dan juga penggunaan vape.

Punca dan sebab sebenar kecederaan paru-paru tersebut masih lagi dalam siasatan, dan akan menunggu pengesahan daripada keputusan makmal.

  •  
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

You may also like