Prevalens Penyakit Buah Pinggang Kronik Kini 16 Peratus

By CodeBlue | 05 November 2019

Seramai 42,189 orang pesakit sedang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara.

  • 20
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Prevalens penyakit buah pinggang kronik di Malaysia ialah sebanyak 15.5 peratus tahun lepas, meningkat daripada 9.1 peratus yang direkodkan pada tahun 2011, menurut National Health Morbidity Survey 2018.

Menurut Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dalam sidang parlimen, disebabkan 79 peratus daripada punca penyakit buah pinggang adalah penyakit non-communicable disease (NCD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan Skim Peduli Kesihatan untuk golongan B40 (Peka B40) bagi meningkatkan pengesanan penyakit NCD pada tahap yang lebih awal.

Selain itu, kerajaan juga bertumpu ke arah Peritoneal Dialysis (PD) Preferred Policy, di mana rawatan dialisis secara PD akan didahulukan.

“Kaedah rawatan PD ini dapat dilakukan di rumah oleh pesakit sendiri dan adalah lebih menjimatkan berbanding hemodialisis memandangkan pesakit tidak perlu kerap berulang-alik ke pusat dialisis untuk rawatan.

“Pesakit bagaimanapun akan dilatih terlebih dahulu oleh pasukan yang merawat sebelum mereka boleh melakukan rawatan itu sendiri di rumah mereka.”

Selain itu, dalam jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Batu Gajah Aivakumar Varatharaju Naidu, Dzulkefly berkata bahawa jumlah pesakit buah pinggang yang masih dalam senarai menunggu bagi penempatan pusat rawatan adalah sama di pusat dialisis kerajaan, swasta atau NGO, iaitu sebanyak 3,007 orang.

“Untuk makluman Yang Berhormat, Data Preliminary dari National Renal Registry 2018 menunjukkan terdapat seramai 42,189 orang pesakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 11,416 orang pesakit pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di hospital-hospital kerajaan, manakala baki 30,773 di pusat dialisis swasta atau NGO.

“Manakala di Batu Gajah pula, pada tahun 2019, Hospital Batu Gajah telah menerima peruntukan untuk menaik taraf bagi menambah 2 Point Reverse Osmoisis (RO) yang menempatkan 2 buah mesin yang dapat menambahkan 12 slot tambahan kepada pesakit,” tambah beliau.

  • 20
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

You may also like